FPESB Perkukuh Promosi Fiber Mat, Sasar Bekalan 10,000 Unit
Permatang Besar, 1 April 2026 – Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) terus mempergiat usaha mempromosikan produk inovatif Fiber Mat melalui sesi demonstrasi dan promosi lapangan yang diadakan di Felcra Berhad Kawasan Permatang Besar, Pahang.
Program ini telah disertai oleh wakil FPESB bersama pegawai kawasan bagi memperkenalkan secara lebih dekat penggunaan Fiber Mat kepada pihak pengurusan dan komuniti setempat. Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil dari PBW Pahang yang memberikan sokongan terhadap potensi penggunaan produk tersebut di kawasan berkenaan.
Galeri
Media
Sepanjang sesi demonstrasi, peserta telah didedahkan dengan fungsi, kelebihan serta kaedah penggunaan Fiber Mat yang mampu membantu meningkatkan kecekapan dalam aplikasi pertanian dan pengurusan ladang. Produk ini dilihat sebagai satu solusi praktikal dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan semasa industri.
Hasil daripada sesi promosi tersebut, pihak kawasan telah menunjukkan minat yang positif terhadap penggunaan Fiber Mat, dengan anggaran keperluan bekalan sebanyak 10,000 keping bagi memenuhi kegunaan di kawasan Permatang Besar.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FPESB dalam memperluas pasaran produk serta memperkukuh hubungan strategik bersama pihak Felcra kawasan. Selain itu, ia juga menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran serta keyakinan pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.
FPESB akan terus merancang lebih banyak program seumpama ini di kawasan lain sebagai usaha memperluaskan penggunaan Fiber Mat dan menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih moden dan efisien.