Kilang Sawit
Kilang Sawit FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd telah dibangunkan pada Mac 1974 di atas tapak seluas 40 ekar dan mula beroperasi pada November 1975 di bawah pengurusan Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn. Bhd.
Pada Ogos 1999, pemilikan dan pengoperasian kilang telah diambil alih oleh FELCRA Berhad dengan kapasiti pemprosesan sebanyak 20 metrik tan sejam.

Kilang Sawit
Pada Januari 2001, kapasiti kilang telah dipertingkatkan kepada 30 metrik tan sejam melibatkan pelaburan berjumlah RM7 juta. Seterusnya, pada Februari 2002, pengurusan operasi kilang telah dipindahkan kepada FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd.
Selaras dengan peningkatan kecekapan dan keperluan operasi semasa, kapasiti pemprosesan kilang telah dinaik taraf kepada 35 metrik tan sejam pada Januari 2018.
