Pengurusan Projek

Pengurusan Projek

FPESB mempunyai kelayakan untuk melaksanakan kerja-kerja dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, penyenggaraan, bekalan, dan perkhidmatan yang melibatkan kejuruteraan mekanikal, sivil, dan elektrikal.

Memilikim lesenan CIDB Gred G7, ianya adalah lesen tertinggi diberikan kepada FPESB yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kontraktor dalam industri pembinaan.

Skop Tugasan

Setiap bidang pengurusan projek ini berperanan penting dalam memastikan setiap operasi kilang sawit FELCRA berjalan lancar, efisien, dan selamat.

1

Kerja-Kerja Mekanikal

Penyenggaraan Mesin: Pemeriksaan, pembaikan, dan penyelenggaraan mesin-mesin pemprosesan sawit seperti sterilizer, digester, screw press, dan conveyor.

Pemasangan Komponen Mekanikal: Pemasangan atau penggantian komponen mesin seperti pam, motor, gear, dan sistem pemanasan.

Kalibrasi: Melakukan kalibrasi untuk memastikan semua peralatan berjalan dengan kecekapan optimum.

2

Kerja-Kerja Sivil

Pembinaan dan Penyelenggaraan Struktur: Membina dan menyelenggara bangunan kilang, kawasan simpanan, parit, jalan raya, dan infrastruktur asas.

Pembinaan Kolam Effluent: Mengurus dan membina sistem rawatan sisa kilang, termasuk kolam takungan sisa minyak (effluent pond) mengikut standard alam sekitar.

Penstabilan Tanah: Kerja tanah seperti meratakan tapak, memperbaiki cerun, dan memastikan kestabilan struktur kilang.

3

Kerja-Kerja Elektrikal

Penyelenggaraan Elektrik: Memeriksa dan menyelenggara pendawaian, transformer, switchgear, dan panel kawalan untuk memastikan operasi yang selamat.

Pemasangan Peralatan Elektrik: Memasang motor elektrik, generator, lampu, dan sistem pengawasan seperti CCTV dan sistem automasi.

Sistem Kawalan Automasi: Mengintegrasikan atau membaik pulih sistem automasi untuk mengawal dan memantau operasi kilang, termasuk SCADA (Supervisory Control and Data Acquisition).