Promosi Fiber Mat 2026 – Permatang Besar

Promosi Fiber Mat di Kawasan Permatang Besar

Pada 1 April 2026, team FPESB telah turun padang ke FB Kawasan Permatang Besar bagi mengadakan sesi demo dan promosi produk Fiber Mat.

Sesi ini disertai oleh wakil FPESB bersama pihak kawasan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari PBW Pahang. Sepanjang aktiviti berlangsung, pelbagai perkongsian dibuat termasuk fungsi, kelebihan serta cara penggunaan Fiber Mat dalam operasi ladang.

Suasana program berlangsung santai tetapi padat dengan info, di mana peserta berpeluang melihat sendiri demonstrasi penggunaan produk serta bertanya secara terus kepada team yang terlibat.

Galeri Gambar

Menariknya, pihak kawasan menunjukkan respon yang sangat positif terhadap Fiber Mat, dengan potensi penggunaan dianggarkan sehingga 10,000 keping bagi memenuhi keperluan di kawasan Permatang Besar.

Program seperti ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu, tetapi juga mengeratkan hubungan antara FPESB dan pihak kawasan dalam usaha memperkenalkan solusi yang lebih praktikal dan efektif.

FPESB akan terus komited untuk memperluaskan lagi promosi Fiber Mat ke kawasan-kawasan lain dari semasa ke semasa.