Tentang Kami
Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) merupakan syarikat milik penuh FELCRA Berhad dengan pemprosesan kelapa sawit dan pemasaran minyak sawit mentah sebagai teras utama perniagaan syarikat.
Ianya telah ditubuhkan pada 15 November 1975 di Kuala Lumpur di bawah Akta Syarikat 1964 sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad dengan nama asal ‘Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn Bhd’.
“Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun.”
Pautan ⊕ FELCRA Berhad ⊕ Pengkorporatan ⊕ Lembaga Pengarah
Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn Bhd ini telah diambilalih oleh FELCRA Berhad pada 13 Ogos 1999 dan akhirnya pada 7 Februari 2002 telah menukar nama kepada FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB).
Sehingga tahun 2024 FPESB kini telah menceburi beberapa bidang perniagaan secara proaktif disamping terlibat mengembangkan aktiviti perniagaan dari sekecil-kecil keperluan perusahaan hiliran sehinggalah perkhidmatan yang berskala besar.
Visi & Misi
- Membina organisasi berteraskan industri berdaya saing.
- Memacu & memajukan teknologi industri yang mapan.
- Menyokong & memperjuangkan agenda Jaminan Makanan Nasional.
- Memastikan syarikat terus berkembang, berperanan sebagai penyumbang utama dalam Kumpulan FELCRA Berhad.
- Komited dalam memberikan perkhidmatan kejuruteraan dan pemproses secara professional dan diiktiraf.
- Mengembangkan perniagaan sedia ada disamping memajukan dan meneroka bidang perniagaan baru huluan dan hiliran.