Pembekalan Alat Ganti
Membeli dan membekalkan alat ganti kepada kilang sawit FELCRA merangkumi proses penyediaan komponen dan peralatan yang diperlukan untuk penyelenggaraan serta pembaikan mesin dan peralatan kilang sawit.
Skop Tugasan
Memastikan kelancaran operasi kilang dengan menyediakan pelbagai jenis alat ganti yang diperlukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan mesin serta peralatan kilang sawit.
Kami juga bekerjasama dengan pengeluar dan menjadi ejen pemasaran alat ganti yang sah dan mempunyai reputasi baik untuk mendapatkan alat yang berkualiti.
Kami juga perlu memastikan bahawa alat ganti yang dibeli mematuhi piawaian industri seperti SIRIM dan ISO.
Pembelian Alat Ganti
Inventori dan Pengurusan Stok
Pembekalan dan Penghantaran
Kualiti dan Keserasian
Khidmat Nasihat Teknikal
Pematuhan Standard Kualiti
Secara keseluruhan, perkhidmatan ini memastikan kilang sawit FELCRA beroperasi dengan cekap dan meminimumkan masa henti operasi disebabkan masalah mekanikal atau keperluan alat ganti.