Pengurusan Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan Crude Palm Oil (CPO) atau minyak sawit mentah adalah aspek penting dalam rantaian bekalan industri minyak sawit di Kilang-kilang FELCRA.
Kami bertanggungjawab memberikan perkhidmatan bagi memindahkan CPO dari kilang-kilang sawit ke destinasi seperti kilang penapis minyak sawit, pelabuhan eksport, atau pelanggan domestik.
Skop Tugasan
Aspek disiplin pengurusan menjadi keutamaan kami dalam memastikan Malaysia terus kekal antara pengeksport minyak sawit terbesar di dunia di pasaran global dan memenuhi piawaian pelanggan.
Penyediaan Lori Tangki
Proses Pengisian
Penghantaran ke Destinasi
Proses Pemunggahan
Pematuhan Standard Kualiti
Perkhidmatan pengangkutan CPO yang efisien dan terurus dengan baik penting untuk menjamin kelancaran rantaian bekalan dan mengekalkan kualiti minyak sawit sepanjang penghantaran.
Minyak sawit mentah perlu memenuhi standard kualiti yang ditetapkan seperti Malaysia Palm Oil Board (MPOB) dan piawaian eksport antarabangsa.
Ini termasuk memastikan tiada pencemaran kimia atau fizikal semasa proses pengangkutan.