Jualan Bazar Felcra @ Kuala Tahan
Sekitar aktiviti dan program Jualan Rahmah & Bazar Felcra sempena PKD Mobile Jerantut di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang pada 24 Mei 2024.
Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile dianjurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dirasmikan YB Timbalan Menteri, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang.
Galeri Gambar
Program ini merupakan salah satu inisiatif ‘quick wins’ KKDW untuk memperluas perkhidmatan PKD sedia ada kepada kawasan luar bandar, sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan komuniti setempat.