One Powertech x FELCRA Berhad
Sorotan sekitar program Latihan Kendalian dan Penyelenggaraan Gen Set yang diadakan pada 13 Oktober 2026 dengan kerjasama One Powertech.
Sesi latihan teknikal khusus ini bertujuan memperkasa kemahiran praktikal dan kecekapan warga kerja Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) dalam mengendalikan jentera berkapasiti tinggi.
Inisiatif berterusan ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memastikan kelancaran operasi di lapangan serta mengoptimumkan jangka hayat aset kejuruteraan.
Pengisian Utama Latihan:
- Taklimat spesifikasi teknikal dan prosedur operasi standard (SOP) Gen Set.
- Demonstrasi amali tatacara penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
- Teknik penyelesaian masalah (troubleshooting) bagi menangani sebarang gangguan operasi luar jangka.