MAEPS Serdang, 11 ~ 22 September 2024
Di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia, MAHA 2024, FPESB mengambil bahagian di Laman Usahawan Desa anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ia menjadi platform untuk setiap agensi mempamerkan produk-produk tempatan daripada pelbagai usahawan luar bandar.
Penyertaan booth FPESB memberi fokus kepada produk inovatif dan hasil tangan usahawan desa seperti Santan Suri dan Cendol Tradisional.
Program berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, bermula dari 11 hingga 22 September 2024.
Galeri Gambar
Santan Suri, yang terkenal dengan kualiti segarnya, dihasilkan menggunakan kaedah moden untuk mengekalkan rasa asli dan nilai nutrisi santan, sekaligus memudahkan pengguna untuk menyediakan hidangan tempatan.
Cendol, sejenis pencuci mulut tradisional, turut menarik perhatian ramai pengunjung dengan rasanya yang asli, menyegarkan, dan menggunakan bahan-bahan berkualiti dari usahawan tempatan.
Sepanjang pameran, booth FPESB mendapat sambutan yang sangat positif daripada pengunjung.
Galeri Video (Short)
Mereka bukan sahaja berpeluang mencuba dan membeli produk, tetapi juga diberi maklumat mengenai proses penghasilan dan manfaat produk-produk tersebut.
Penyertaan ini berjaya mengangkat nama FPESB sebagai sebuah organisasi yang menyokong pembangunan ekonomi luar bandar, di samping memperkenalkan produk tempatan kepada pasaran yang lebih luas.
Melalui penyertaan ini, FPESB juga berjaya menghubungkan usahawan desa dengan pelanggan baru serta membuka peluang kerjasama yang lebih besar dalam industri makanan dan minuman tempatan.