Felcra @ MAHA 2026

MAEPS Serdang, 28 Ogos ~ 6 September 2026

Acara pertanian terbesar dan paling ditunggu-tunggu, MAHA 2026, telah pun berlangsung dengan penuh meriah di MAEPS Serdang.

Sepanjang 10 hari pameran, FELCRA Berhad tidak melepaskan peluang mewarnai pavilion Laman Usahawan Desa KKDW dengan pameran inovasi, produk pertanian, dan teknologi perladangan moden.

Galeri Gambar

Kami di Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) turut sama turun padang memberikan sokongan.

Dari sesi ramah mesra bersama usahawan tempatan hinggalah perkongsian teknologi pemprosesan kelapa sawit, jom saksikan momen-momen menarik warga kerja yang bertugas menyantuni jutaan pengunjung MAHA 2026!